Profile 1

Profile 1

PROFILE2

PROFILE2

MAJALAH ANIS MEI.2008

MAJALAH ANIS MEI.2008
Wangi , Organik dan Halal

SINAR HARIAN 3/3/2008

SINAR HARIAN 3/3/2008
Harum Pikat Pelanggan Berkunjung Ke Premis

KATALOK PRODUK PERFUME

KATALOK PRODUK PERFUME
RM20 TO RM70

B001 & B002

B001 & B002

BOTTLE A

BOTTLE A

BOTTLE B

BOTTLE B

BOTTLE C

BOTTLE C

BOTTLE D

BOTTLE D

SPA & MASSAGE SERVICES

SPA & MASSAGE SERVICES

KELEBIHAN RAWATAN PAKEJ SPA

SAUNA / SCRUB (SENTAL) / MASKER (LULUR) / MANDIAN / URUTAN MELAYU TRADISIONAL
MANDI WAP / SAUNA

Kelebihan Mandi Wap / Sauna

Melegakan otot, membuka liang roma, membuang toksid dan melembutkan sel yang mati


SCRUB (SENTAL)
Menanggalkan sel kulit yang mati serta melembut, membersih dan memutihkan kulit anda.
Kelebihan Scrub Kristal
Perawatan tubuh dengan Garam Kristal dan Vitamin berfungsi sebagai anti oksidan dan anti aging dapat membantu membuang sel kulit mati dan kotoran sehingga kulit menjadi bersih, halus, lembut dan bercahaya.


MASKER /LULUR
Kelebihan Lulur
Lulur Manggir dapat mencerahkan, memutihkan, melembutkan, mengharumkan, menghilangkan parut dan menyegarkan kulit.


MANDIAN
Kelebihan Mandian

Mandi Limau

Baik untuk membuang bisa-bisa badan, lenguh sendi, menghindari dari bau badan yang tidak menyenangkan, memulihkan tenaga, menghindari migrain, memperkuat tenaga batin dan masalah mati pucuk untuk lelaki.


Mandi Garam

Membuang tenaga negatif dan memulihkan aura. Memberi ketenangan ketahap frekuensi gelombang alpha, kesegaran, menghaluskan kulit, merawat penyakit Kulit dan Dalaman secara semulajadi.

Bunga
Menghilangkan tekanan, menyegarkan badan, mencantikkan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan aura warna dalam badan untuk kelihatan ceria dengan wajah yang berseri.

Mandian Susu
Suatu perawatan yang sangat efektif melalui mandi susu dengan aroma yang segar, akan membuat kulit lembut, halus dan segar. Milk Body dan Milk Bath yang mengandung susu murni yang merupakan serangkaian perawatan yang serasi. Ianya juga memutihkan kulit, menjaga kelembaban kulit dan mencegah kulit keriput, mengandung zat antioksidan, hilangkan bekas jerawat di punggung dan mencegah kanser kulit, memberi protein pada kulit, mencantikkan kulit yang kaku, memberi kesegaran dan menjaga kelembaban kulit. Melembab, memutih, menyegarkan serta melancarkan perjalanan darah.



URUTAN MELAYU TRADISIONAL

Kelebihan Urutan Badan
Melegakan otot-otot yang tegang, melancarkan perjalanan darah dan baik untuk Detox. Mengeluarkan kotoran dari dalam badan.



RENDAMAN KAKI

Kelebihan Rendaman Kaki

Rendaman Kaki Garam Kristal

Rendaman Kaki Garam Kristal boleh membuang toksin yang berada dalam badan. Apabila berasa sakit-sakit badan, gatal-gatal badan disyorkan untuk merendam kaki dengan garam kristal.



FACIAL

Kelebihan Facial

Menjadikan muka lebih bermaya dan berosksigen, lebih segar, lebih putih dan bersih.

SPA MASSAGE

SPA MASSAGE

EDP Aromatherapy Perfume Bottle 20ml-100ml

EDP Aromatherapy Perfume Bottle 20ml-100ml
RM20 - RM100

Aromatherapy Perfume Moisturiser

Aromatherapy Perfume Moisturiser
RM35.OO 30ml

Aromatherapy Fragrance Oil

Aromatherapy Fragrance Oil
RM1 to RM10 per ML

Aromatherapy SPA Salt

Aromatherapy SPA Salt
RM25

Handmade Clay Soap & Aromatherapy Herbs Base Soap

Handmade Clay Soap & Aromatherapy Herbs Base Soap
RM1 to RM10

Tayammum Soil

Tayammum Soil
RM10

Aromatherapy Car Fragrance

Aromatherapy Car Fragrance
RM10 To RM25

Tuesday, November 18, 2008

Hukum ‘Perfume' Alkohol

www.zaharuddin.com

Hukum ‘Perfume' Alkohol
SOALAN
hamka rashid <

' );
//-->
hj_hamka@yahoo.co.uk This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it > wrote:
salam..1. mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..
JAWAPAN SOALAN PERTAMA ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)
Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

Saturday, November 8, 2008

KURSUS INTENSIF AROMATERAPI DAN WANGIAN

KURSUS INTENSIF
AROMATERAPI & WANGIAN
(PELUANG PERNIAGAAN)
“One Stop Centre For HALAL Perfumery”


ANJURAN:
UZMA RESOURCES SDN BHD
No.26A,Jln TP 7/2,
Tmn Perind.Sime UEP,Sek.26,
40300 Shah Alam,Selangor.
Tel : 016-3823837 / 016-6163253 / 013-2302415

KERJASAMA:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)
Jabatan Pertanian Malaysia – Putra Jaya
Refre Co.Ltd – Japan
Halal Bestari Trading


1)KURSUS ASAS
Kos Kursus :
RM300
Faedah :
Peserta diberikan buku ILMU AROMATERAPI
dan didedahkan dengan teorinya.Diakhir kursus
peserta akan mempunyai ilmu Aromaterapi dan
Wangian untuk digunakan didalam bidang
mereka ceburi.
Kandungan Kursus :
Bahagian 1 : Pengenalan Kepada Aromaterapi
Bahagian 2 : Sistem Olfaktori dan kulit
Bahagian 3 : Penggunaan Minyak-minyak Pati
Halal Haram
Bahagian 4 : Minyak-minyak pelarut
Bahagian 5 : Mangadun Minyak Aromaterapi
Bahagian 6 : Kaedah Menggunakan Minyak Pati
Urutan Aromaterapi
Pemurnian Udara
Merawat Gigitan Serangga
Mandian Kaki , Tangan dan tubuh
Penyejat dan Pelita Aroma
Kegunaan Bayi
Penjagaan Kulit dan Rambut
Pelbagai Kegunaan lain
Bahagian 7 : Panduan Membeli Minyak


2)KURSUS PERTENGAHAN
Kos Kursus :
RM300
Faedah :
Peserta akan didedahkan dengan teori dan
praktikal. Diakhir kursus peserta punyai
keyakinan yang tinggi untuk menghasilkan
produk yang bermutu tinggi dari hasil
kerja mereka.
Kandungan Kursus :
Bahagian 1 : Pengenalan Kepada
Wangian Water Base
Mangadun Campuran & Pembuatan
Cara Pembotolan dan pemilihan
jenis botol
Kelebihan dan Kekurangan
Bahagian 2 : Pengenalan Kepada Wangian GEL
Mangadun Campuran & Pembuatan
Cara Pembotolan dan pemilihan
jenis botol
Kelebihan dan Kekurangan
Bahagian 3 : Pengenalan Kepada Krim Wangian
Mangadun Campuran & Pembuatan
Cara Pembotolan dan pemilihan
jenis botol
Kelebihan dan Kekurangan


3)KURSUS LANJUTAN
Kos Kursus :
RM300
Faedah :
Peserta akan didedahkan dengan teori dan
praktikal.Diakhir kursus peserta punyai
keyakinan yang tinggi untuk menghasilkan
produk yang bermutu tinggi dari hasil kerja
mereka dan bersedia untuk menjadi Usahawan
yang berinovatif.
Kandungan Kursus :
Bahagian 1 :
-Pengenalan Kepada Wangian EDT & EDP.
-Mangadun Campuran & Pembuatan
-Cara Pembotolan dan pemilihan jenis botol
-Kelebihan dan Kekurangan
Bahagian 2 :
-Peluang Perniagaan
-Bantuan Kewangan
-Lain-lain